Bantu kami memperbaiki
X
4 Minit

Terapi Seni Ekspresif tidak menumpukan kepada kemahiran artistik, sebaliknya ia menekankan proses penciptaan sebagai satu cara untuk meneroka perasaan, pengalaman dan konflik dalaman yang mungkin sukar untuk diluahkan secara lisan.

Dibimbing seorang pakar terapi terlatih, penghidap demensia menggunakan pelbagai bentuk seni untuk mengakses pengetahuan, mengurangkan tekanan, membina daya tahan serta memupuk integrasi minda, tubuh dan emosi dalam persekitaran yang selamat dan disokong.

Apa itu Terapi Seni Ekspresif

Terapi Seni Ekspresif atau Expressive Arts Therapy (EXAT) merupakan satu bentuk psikoterapi yang mengintegrasikan pelbagai bentuk seni—seperti seni visual, muzik, tarian/pergerakan, drama dan penulisan—dalam proses terapeutik.  Ia berasaskan teori yang menumpukan perhatian kepada individu dan kemanusiaan; dan berdasarkan model seperti Kontinum Terapi Ekspresif atau Expressive Therapies Continuum (ETC) serta prinsip integrasi seni berbilang kaedah. 

EXAT berbeza daripada terapi seni satu kaedah tradisional, contohnya terapi seni atau terapi muzik, dengan menggabungkan pelbagai bentuk seni secara sengaja bagi menyokong ekspresi emosi, penerokaan diri, rangsangan kognitif, dan penyembuhan psikologi.  Ia menyediakan laluan komunikasi bukan lisan yang kaya deria untuk penghidap demensia, kerana komunikasi lisan sering menjadi lebih mencabar apabila demensia berkembang.

Jadual di bawah menunjukkan bagaimana bentuk seni yang berbeza boleh digunakan dalam EXAT dengan tujuan yang tertentu: 

Bentuk Seni

Contoh-contoh Penggunaan

Tujuan

Muzik

Mendengar muzik, menyanyi atau bermain alat muzik.

Untuk mengurangkan rasa gelisah dan cemas; menenangkan ‘mood’; dan menyokong komunikasi tanpa lisan.

Drama

Menggunakan pergerakan, melakonkan peranan, persembahan boneka, pencerminan atau penceritaan improvisasi.

Untuk mengekspresikan konflik dalaman dan mendapatkan perspektif baru dalam persekitaran yang selamat dan disokong.

Tarian/

Pergerakan   

Menggunakan pergerakan dan gerak isyarat tubuh untuk meluahkan emosi, pendapat, fikiran, dan identiti.

Untuk menggalakkan sensitiviti dan kesedaran minda-tubuh, melepaskan dan mengekspresikan emosi.

Puisi/

Penceritaan

Menjurnalkan puisi, penceritaan naratif, penulisan bebas.

Merapatkan jurang antara visual dan perasaan, membolehkan seseorang menzahirkan fikiran yang tidak terucap, memperoleh pengetahuan dan membina makna.

Seni Visual

Mencipta atau berinteraksi dengan imej melalui lukisan, arca atau penghargaan seni.
Untuk mengakses, memproses dan menyampaikan emosi, fikiran dan trauma yang kompleks.

Membezakan Terapi Seni Ekspresif daripada Program Seni Ekspresif

EXAT sering disalahfahami atau dikelirukan dengan Program Seni Ekspresif. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara kedua-dua pendekatan ini.

Apakah itu Terapi Seni Ekspresif (EXAT)

Apakah itu Program Seni Ekspresif

Pendekatan psikoterapi yang disampaikan oleh profesional kesihatan mental terlatih yang mengintegrasikan pelbagai kaedah seni dalam rangka kerja terapeutik.

Aktiviti rekreasi, pendidikan atau sosial yang melibatkan seni, muzik, tarian atau bentuk kreatif lain tanpa proses terapeutik formal.

Berasaskan teori psikologi dan seni, ia bertujuan untuk meneroka emosi, identiti, rangsangan kognitif dan penyembuhan psikologi.

Menumpukan kepada keseronokan, mengenang kembali, penglibatan budaya, hiburan atau rangsangan deria.

Difasilitasikan oleh pakar terapi seni ekspresif terlatih.

Difasilitasikan oleh kakitangan aktiviti, sukarelawan atau artis tanpa latihan klinikal.

Antara keduanya, hanya EXAT direka untuk memenuhi keperluan psikologi dan emosi melalui proses terapeutik berstruktur.

Manfaat Terapi Seni Ekspresif (EXAT)

EXAT menyediakan ruang yang selamat, menyokong dan fleksibel untuk para peserta—termasuk penghidap demensia dan penjaga—yang ingin mendapatkan sokongan emosi dan/atau psikologi.  

Manfaat untuk Penghidap Demensia ​

  • Memintas batasan lisan dengan menawarkan cara-cara menggunakan deria, emosi dan tubuh untuk mengekspresikan diri.
  • Menghubungkan semula individu dengan identiti dan kisah hidup mereka.
  • Menangani keperluan emosi dan deria yang tidak dipenuhi, menyumbang kepada berkurangnya rasa gelisah, cemas dan mengelamun.
  • Meningkatkan ‘mood’, keyakinan dan rasa harga diri.

 

Manfaat untuk Penjaga

  • Menyediakan ruang yang selamat untuk memproses tekanan emosi dan kesedihan.
  • Menguatkan kesedaran diri serta menghubungkan semula penjaga dengan identiti mereka sendiri di luar peranan penjagaan.
  • Menawarkan cara kreatif untuk melegakan tekanan dan melepaskan emosi.
  • Membina daya tahan dan kemahiran mengawal emosi untuk menangani cabaran harian.

Memulakan

Anda boleh mempertimbangkan mana-mana aktiviti mudah berikut untuk membantu anda bermula:

Tip Tambahan

  • #1
    Cipta ruang dengan melapangkan kawasan dan menyusun kerusi dalam bulatan.
  • #2
    Jadi sebahagian daripada aktiviti untuk menunjukkan bahawa anda bukan di sana untuk mengajar aktiviti tersebut.
  • #3
    Gunakan gesaan yang mengajak penerokaan, permainan dan rasa ingin tahu, seperti: “Mari kita lihat apa yang berlaku jika kita lakukan ini,” dan bukan memberi arahan secara langsung.
  • #4
    Bersikap mesra dan menyokong tanpa menggunakan bahasa yang seperti keanak-anakan.
  • #5
    Bercakap dengan hormat, menggunakan frasa yang jelas dan ringkas sambil memastikan harga diri setiap orang terjaga.
  • #6
    Berikan peserta ruang untuk bernafas. Tidak perlu untuk mengisi setiap minit dengan tugasan. Tidak mengapa jika mengalami momen-momen yang senyap. Jika seseorang memilih untuk tidak menyertai aktiviti ini, biarkan — mungkin dia memerlukan lebih banyak masa untuk berasa selamat. Sesetengah peserta mungkin mengambil beberapa sesi untuk menyesuaikan diri, jadi biarkan keadaan berlaku secara semula jadi.

Kesimpulan

Penggunaan pelbagai kaedah seni mewujudkan persekitaran yang santai, seronok dan menarik di mana peserta boleh meluahkan perasaan dan pengalaman mereka.

Bagi penghidap demensia, EXAT boleh membantu memintas batasan kognitif dengan memanfaatkan komunikasi secara deria, emosi dan tubuh.  Bagi para penjaga, EXAT menyediakan saluran yang selamat untuk meluahkan emosi, mengurus tekanan, berhubung semula dengan diri mereka sendiri dan meningkatkan kesejahteraan diri keseluruhan.

Ia memupuk rasa ingin tahu, mengajak bermain, dan menyokong rasa identiti dan harga diri dengan menawarkan peluang untuk ekspresi diri yang bermakna meskipun mengalami perubahan disebabkan demensia.

Bio Penulis

Rachel Lim ialah seorang pakar terapi seni ekspresif berdaftar dengan ANZACATA dan pada masa ini menerajui pembangunan perkhidmatan Terapi Seni Ekspresif di Dementia Singapore Ltd.  Berbekalkan ijazah sarjana dalam Terapi Seni Ekspresif daripada Universiti Hong Kong serta latar belakang dalam psikologi, Rachel pakar dalam menyokong penghidap demensia dan penjaga mereka melalui pendekatan kreatif yang berasaskan deria.

Lusebrink, V. B. (2010). Assessment and therapeutic application of the expressive therapies continuum: Implications for brain structures and functions. Art Therapy, 27(4), 168-177.

Bantu kami memperbaiki

Ya Tidak
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Sumber Boleh Dimuat Turun

Bahan berikut mengandungi maklumat ringkas tentang demensia. Untuk memuat turun atau mencetaknya, hanya klik pada imej. Anda juga boleh memilih bahasa bahan tersebut dengan mengklik butang “Pilih Bahasa”.

Artikel Berkaitan

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content