Di Mana untuk Mendapatkan Diagnosis?

Diagnosis boleh dilakukan di beberapa tempat termasuk hospital-hospital yang disenaraikan di bawah dan klinik doktor swasta yang bertauliah. Anda boleh mendapatkan diagnosis profesional dengan mengunjungi tempat-tempat yang diseneraikan dalam artikel ini.
Siapakah Yang Boleh Mendiagnosis Demensia?

Penapisan individu untuk demensia dan diagnosis demensia adalah dua perkara yang berbeza.
Penapisan untuk demensia menggunakan alat seperti Ujian Mental Ringkas (AMT) dan Pemeriksaan Keadaan Mental Mini (MMSE) tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis seseorang dengan demensia. Sebaliknya, alat ini digunakan untuk mengesan simptom demensia yang jelas pada individu yang disaring, selepas itu individu yang menunjukkan simptom demensia mungkin digalakkan untuk berunding dengan doktor bagi ujian lanjut.