Help Us Improve
blank
7 Min Bacaan

Demensia, suatu keadaan progresif yang menjejas fungsi kognitif, sering disertai dengan perubahan tingkah laku yang memberi kesan kepada orang yang hidup dengan demensia serta  orang-orang di sekeliling mereka.  Perubahan dalam tingkah laku ini boleh menjadi cabaran untuk difahami dan diurus, terutamanya apabila ia muncul tanpa disangka. 

Ini terutamanya berlaku untuk tingkah laku yang tidak terhalang, yang dicirikan oleh tindakan yang mengabaikan batasan norma atau sosial dan boleh terdiri dari komen yang tidak sesuai hingga tingkah laku agresif secara fizikal. Tidak seperti perubahan tingkah laku yang lain, disinhibisi mungkin menjadi topik yang tidak selesa bagi sesetengah orang disebabkan oleh pantang larang masyarakat. 

Walaupun ia mungkin mencabar untuk ditangani, memahami punca yang mendasari dan menggunakan strategi Penjagaan Berpusatkan Individu dapat membantu mereka yang hidup dengan demensia dan penjaga seperti anda menangani kesukaran ini dengan penuh belas kasihan dan berkesan.   

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang tingkah laku yang tidak terhalang  mengenal pasti punca dan pencetus yang mungkin, serta menemui strategi-strategi yang berkesan untuk mengurusnya. Kami berharap pandangan ini akan lebih  memperkasakan anda dalam perjalanan penjagaan anda.  

Memahami Tingkah Laku Yang Tidak Terhalang

Disinhibisi berkait rapat dengan kemerosotan bahagian otak yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan, mengawal tindakan impulsif, dan kesesuaian sosial. Tingkah laku ini lebih  ketara apabila lobus frontal, yang memainkan peranan penting dalam fungsi ini, mengalami degenerasi.   

Kehilangan inhibisi lebih lazim terjadi dalam jenis demensia tertentu, seperti demensia frontotemporal

Tingkah laku yang tidak terhalang pada orang yang hidup dengan demensia boleh dilihat dalam pelbagai bentuk dan boleh bersifat lisan, fizikal atau emosi. 

Jenis-jenis Tingkah Laku yang tidak terhalang

1. Interaksi sosial atau komen yang tidak sesuai 

(iaitu membuat kenyataan biadap tentang penampilan seseorang, bertanya soalan menggganggu, atau terlibat dalam godaan yang tidak sesuai.) 

2. Menanggalkan pakaian pada masa atau tempat yang tidak sesuai 

3. Menyentuh diri sendiri (iaitu bahagian kemaluan) di tempat awam. 

4. Bertindak impulsif, termasuk memandu secara tidak berhati-hati, memotong giliran, atau berkongsi maklumat peribadi secara sembarangan

5. Serangan lisan dan fizikal yang mungkin melibatkan jeritan, kutukan, atau  konfrontasi fizikal dengan orang lain

Kemungkinan Punca dan Pencetus

Keperluan Yang Tidak Dipenuhi

Keperluan yang tidak dipenuhi, termasuk ketidakselesaan fizikal, kelaparan, atau keinginan untuk interaksi sosial, sering memainkan peranan penting dalam mendorong tingkah laku yang tidak terhalang. Ini terutamanya berlaku bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk menyampaikan keperluan mereka.

Sebagai contoh, jika mereka merasa panas dan tidak selesa, orang yang hidup dengan demensia mungkin akan menanggalkan pakaian mereka untuk menyejukkan tubuh dan mengatasi ketidakselesaan fizikal mereka. Sebagai altenatif, mereka mungkin mula menyentuh alat kelamin mereka atau menjerit dengan kuat apabila mereka merasa tidak selesa akibat lampin yang basah atau kotor.

Selain daripada keperluan fizikal, orang yang hidup dengan demensia juga mempunyai keperluan psikologi yang perlu diambil kira untuk menjaga kesejahteraan diri mereka. Sebagai contoh, sesetengah orang yang hidup dengan demensia mungkin meluahkan keinginan mereka untuk keintiman dan kasih sayang dengan memberi komen seksual atau membuat cadangan seksual terhadap orang yang tidak dikenali. Baca lebih lanjut berkenaan keperluan psikologi dalam artikel kami tentang Penjagaan Berpusatkan Individu.

Hilang Ingatan

Hilang ingatan, antara lainnya, merupakan ciri utama demensia. Orang yang hidup dengan demensia mungkin hilang keupayaan untuk mengenali orang dan tempat, atau lupa cara melakukan tugasan biasa seperti mandi, memakai dan menanggalkan pakaian, dan menggunakan tandas. Ini mungkin boleh menyebabkan tingkah laku yang tidak sesuai seperti menanggalkan pakaian atau membuang air kecil di khalayak ramai. Mungkin terdapat kekeliruan mengenai orang di sekeliling mereka, seperti tersilap mengenal pembantu rumah sebagai isteri sendiri, mengakibatkan ekspresi seksual yang tidak sesuai terhadap pembantu tersebut.

Kesan Sampingan Ubat

Preskripsi ubat untuk mengurus simptom demensia mungkin mempunyai kesan sampingan yang boleh menjejas fungsi kognitif, mood, dan kesejahteraan fizikal orang yang hidup dengan demensia. Sebagai contoh, orang yang mengalami insomnia sebagai kesan sampingan Donepezil mungkin sukar untuk mengekalkan batas sosial yang sesuai disebabkan keletihan dan lebih mudah merasa marah. Ini boleh mengakibatkan tindakan impulsif, seperti membuat komen yang tidak sesuai atau menceroboh ruang peribadi.

Faktor Persekitaran

Faktor-factor persekitaran tertentu boleh mencetuskan atau memburukkan lagi tingkah laku yang tidak terhalang. Sebagai contoh, persekitaran yang sesak, terlalu terang dan bising seperti pusat beli-belah yang sibuk atau perjumpaan sosial boleh menjadi terlalu membebankan bagi orang yang hidup dengan demensia. Untuk mengatasinya, mereka mungkin bertindak dengan menutup telinga, menjerit, atau menunjukkan kegelisahan fizikal.

Menangani Tingkah Laku Yang Tidak Terhalang

Cara mengendalikan tingkah laku yang tidak terhalang adalah dengan menangani insiden yang berkenaan semasa ia berlaku, dengan memberi tumpuan kepada keperluan dan keprihatinan segera orang yang anda sayangi. Matlamatnya adalah untuk memastikan keselamatan, keselesaan, dan kesejahteraan emosi mereka pada ketika itu. 

Berikut adalah beberapa prinsip utama yang perlu diingat dalam pendekatan anda:

Kekal Bertenang

Tetap tenang dan bersikap tenang sebanyak mungkin. Elakkan bertindak dengan kekecewaan atau kemarahan kerana ini boleh memburukkan lagi keadaan. Adalah penting untuk diingati bahawa, di saat-saat seperti ini, tingkah laku orang yang anda sayangi adalah disebabkan oleh demensia dan bukan serangan peribadi. 

Menilai Situasi Tersebut

Luangkan sedikit masa untuk menilai persekitaran sekeliling dan mengenal pasti sebarang pencetus yang mungkin menyumbang kepada tingkah laku tersebut. Cari faktor-faktor seperti bunyi bising, perubahan pada rutin, atau keperluan yang tidak dipenuhi yang mungkin menyebabkan tekanan.  

Setelah anda mengenal pasti pencetusnya, ambil langkah segera untuk menanganinya. Sebagai contoh, jika bunyi bising yang menyebabkan keresahan, bawa orang yang anda sayangi ke tempat yang lebih tenang atau kurangkan bunyi bising di persekitaran mereka. Sebagai alternatif, jika orang  yang anda sayangi mula menanggalkan pakaian di tempat awam, nilaikan sama ada mereka mungkin mengalami tidak selesa disebabkan oleh pakaian atau faktor persekitaran.  

Pastikan Keselamatan

Utamakan keselamatan untuk orang yang hidup dengan demensia dan orang-orang di sekeliling mereka. Jika tingkah laku tersebut menimbulkan risiko bahaya, ambil langkah untuk menghapuskan sebarang ancaman segera dan memastikan persekitaran yang selamat.   

Sekiranya tingkah laku tersebut tidak membahayakan orang yang anda sayangi , pastikan keselamatan dan maruah orang lain yang terlibat.  Sebagai contoh, jika orang yang anda sayangi berkelakuan tidak sesuai terhadap seseorang di tempat itu, perlahan-lahan bawa mereka ke kawasan yang jauh dari pandangan orang ramai untuk menangani situasi tersebut.  

Jika boleh, anda harus nyatakan batas-batas secara jelas dan tegas tetapi penuh hormat, dan beritahu mereka bahawa tingkah laku tersebut tidak boleh diterima. Anda boleh katakan “Sila hentikan.” “ Awak tidak boleh menyentuh orang lain tanpa persetujuan mereka.’’  

Akui dan Mengesahkan Perasaan

Amalkan mendengar secara aktif dan teknik pengesahan  untuk meredakan situasi yang tegang.  

Jangan bertengkar dengan orang yang anda sayangi, akuilah perasaan mereka walaupun tingkah laku mereka kelihatan ganjil kepada anda atau tidak sesuai.   

Sebagai contoh, jika orang yang anda sayangi menjadi resah dan mula menjerit semasa perjumpaan keluarga kerana mereka merasa tertekan dengan bunyi bising dan aktiviti di sekeliling, anda boleh berkata “Saya tahu terlalu bising di sini, mari saya bawa awak ke bilik lain yang lebih tenang.”  

Alihkan Perhatian dan Ubah Hala

Jika perlu, gunakan teknik pengalihan yang lembut untuk mengalihkan perhatian orang yang anda sayangi jauh dari rangsangan atau situasi yang mencetuskan. Tawarkan aktiviti alternatif atau pengalihan perhatian yang menenangkan dan menarik seperti mendengar muzik, aktiviti kraf, atau melihat album foto keluarga. 

Walau bagaimanapun, jika tingkah laku itu berterusan, terutamanya jika ia bersifat seksual seperti melancap, bawa mereka secara lembut ke tempat yang lebih peribadi. Ini membolehkan pendekatan yang bijaksana dan menghormati sambil tetap menjaga privasi dan maruah orang yang anda sayangi.   

Mengurus Tingkah Laku Yang Tidak Terhalang

Kenal pasti pencetus dan corak

Memerhatikan dan mengenal pasti pencetus yang mungkin menyebabkan tingkah laku yang tidak terhalang adalah kunci. Pencetus ini mungkin berkaitan dengan aktiviti tertentu, perubahan dalam rutin, keperluan yang tidak dipenuhi, atau rangsangan deria. Memahami pencetus ini dapat membantu anda menjangka dan mencegah kemungkinan peningkatan.  

Sebagai contoh, jika orang yang anda sayangi telah berulang kali cuba menanggalkan pakaian mereka ditempat awam, mungkin berbaloi untuk memeriksa pakaian orang yang anda sayangi. Adakah pakaiannya terlalu ketat atau tidak selesa? Adakah ianya terlalu panas untuk cuaca di luar? Setelah anda mengenal pasti masalah tersebut, anda boleh mencuba pelbagai penyelesaian pakaian seperti seperti seluar tanpa zip.  

Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menyimpan jurnal fizikal atau mencatatkannya di telefon anda. Mencatatkan kejadian dan respons sedemikian secara kerap dapat membantu anda memahami corak dengan lebih baik dan melaksanakan strategi untuk mengurangkan tingkah laku tersebut dengan berkesan. Satu contoh catatan mungkin kelihatan seperti ini:  

Tarikh dan Masa: 15 Januari 2024, 10:30 pagi
Butiran Tingkah Laku: suara yang tinggi, bersikap agresif secara lisan dan menjadi gelisah semasa sarapan pagi
Lokasi: Bilik makan.
Aktiviti/Situasi Sebelum Tingkah Laku : Menghidangkan sarapan; diminta duduk di meja.
Pencetus (jika diketahui): Perubahan dalam rutin, merasa tergesa-gesa.
Tindak balas: Beri ketenangan, berikan peringatan lembut tentang rutin sarapan pagi.
Hasil: tenang semula; habiskan sarapan tanpa insiden lanjut.

Mengekalkan Struktur dan Rutin

Orang yang anda sayangi yang hidup dengan demensia mungkin berasa keliru dan cemas apabila berhadapan dengan perubahan mendadak dalam rutin harian mereka.   

Tentukan rutin harian yang konsisten yang merangkumi waktu makan yang tetap, waktu untuk mengambil ubat, dan aktiviti. Gunakan petunjuk visual seperti kalendar dan jam untuk membantu mengorientasikan orang yang anda sayangi kepada waktu hari dan acara yang akan datang. 

Dengan mengekalkan konsistensi dan struktur dalam aktiviti harian mereka, anda boleh membantu memberikan rasa kestabilan dan keselamatan.  

Galakkan Penglibatan yang Bermakna

Melibatkan orang yang anda sayangi dalam aktiviti yang selaras dengan minat, pilihan, dan kebolehan mereka dapat memupuk rasa tujuan dan hubungan.  Kajian mencadangkan bahawa aktiviti-aktiviti ini membantu meningkatkan mutu hidup mereka, membina jati diri, mengurangkan  kekecewaan dan mempromosikan perasaan pencapaian dan kepunyaan. 

Ketahui lebih lanjut tentang aktiviti-aktiviti yang bermakna di sini.  

Wujudkan Persekitaran yang Kondusif dan Menyokong

Wujudkan persekitaran yang tenang dan menyokong dengan mengurangkan bunyi bising, gangguan, dan tekanan daripada persekitaran.   

Ini mungkin melibatkan menurunkan kelantangan bunyi televisyen atau radio, menutup langsir untuk mengurangkan rangsangan luar, atau meredupkan lampu untuk mewujudkan suasana yang lebih santaiPerhatikan dengan teliti reaksi orang yang anda sayangi terhadap perubahan yang telah anda lakukan. Bersedia untuk membuat penyesuaian tambahan jika perlu dan teruskan memberi sokongan dan keyakinan semasa mereka mengemudi persekitaran mereka. 

Jika tingkah laku ini cenderung berlaku di bilik mandi, anda boleh pertimbangkan beberapa peningkatan fizikal pada bilik mandi. Ketahui bagaimana anda boleh melakukannya di sini.  Jika tingkah laku tersebut bersifat seksual, anda boleh mendapatkan khidmat seorang profesional penjagaan atau orang lain dalam keluarga yang sama jantina untuk membantunya mandi.   

Bersama dengan peningkatan ini, komunikasi juga merupakan cara yang berkesan untuk mewujudkan persekitaran yang tenang dan menyokong untuk orang yang anda sayangi.  

Adalah terbaik untuk berkomunikasi dengan jelas, dengan empati, kesabaran, dan pemahaman. Ketahui cara komunikasi dengan berkesan dengan orang yang anda sayangi di sini. 

Dapatkan Bantuan

Jika tingkah laku yang tidak terhalang ini berterusan atau menjadi mencabar untuk diurus, pertimbangkan untuk mendapatkan bimbingan daripada profesional penjagaan kesihatan. Mereka boleh menawarkan sokongan tambahan dan strategi intervensi yang disesuaikan dengan keperluan orang yang anda sayangi.  

Selain mendapatkan bantuan profesional, adalah penting juga untuk mendapatkan sokongan dan bantuan dari ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain. Bercakap dengan mereka tentang sifat tingkah laku yang tidak terhalng dan menggalakkan komunikasi terbuka boleh membantu mewujudkan persekitaran yang menyokong untuk anda dan orang yang anda sayangi yang hidup dengan demensia. Dialog terbuka ini memupuk pemahaman dan empati, meningkatkan kesejahteraan keseluruhan semua orang yang terlibat. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mendapatkan sokongan, hubungi Pasukan Intervensi Masyarakat (COMIT)  atau hubungi talian bantuan Demensia Singapura di 6377 0700.  

Amalkan Penjagaan Diri

Menjaga orang yang anda sayangi yang hidup dengan demensia boleh menjejas kesejahteraan emosi dan fizikal anda. Utamakan penjagaan diri dan dapatkan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, atau kumpulan sokongan. Berehat apabila perlu dan libatkan diri dengan hobi atau aktiviti yang mempromosikan kesejahteraan diri anda sendiri. Mengekalkan keseimbangan dan mengurus tekanan penjaga adalah penting untuk menyediakan penjagaan yang berterusan.  

 

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Read Next

  1. Disinhibited behaviours | Dementia Australia 
  2. Managing Disinhibited Behaviour in Dementia.pdf (ntfgh.com.sg) 
  3. Roland, K. P., & Chappell, N. L. (2015). Meaningful activity for persons with dementia. American Journal of Alzheimer’s Disease & Other Dementiasr, 30(6), 559–568. https://doi.org/10.1177/1533317515576389 

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Related Articles

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content