Help Us Improve
blank
6 Min Bacaan

Demensia frontotemporal (FTD) adalah jenis demensia yang jarang berlaku, disebabkan oleh perubahan pada lobus hadapan (dibelakang dahi) dan lobus temporal (disebelah telinga) otak.

Sertai kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang keadaan yang jarang berlaku ini. 

Apakah Demensia Frontotemporal?

Simptom-simptom demensia bergantung pada dimana perubahan di dalam otak berlaku. 

Dalam kes FTD, perubahan ini khususnya berlaku di lobak frontal dan temporal.

blank

Kerosakan atau pengecilan sel saraf di lobak hadapan dan temporal boleh mengakibatkan gejala khusus untuk FTD.  

Kerosakan pada lobak hadapan oleh menjejaskan fungsi eksekutif seperti pertimbangan, ingatan kerja, membuat keputusan, perhatian, dan penghalangan tingkah laku. 

Kerosakan pada lobak temporal pula boleh menjejaskan fungsi seperti pengenalan objek visual, penerimaan dan pemprosesan bunyi, bahasa, dan pertuturan.

Bagaimana hubungan FTD dengan usia?

Berbanding dengan jenis demensia yang lain seperti penyakit Alzheimer atau demensia vaskular yang lebih umum, FTD lebih cenderung berkembang pada umur yang lebih muda. 

Permulaan FTD adalah lebih biasa pada orang berumur 45-65 tahun berbanding orang yang lebih muda atau yang lebih tua daripada lingkungan umur ini. 

Purata umur pemeriksaan FTD di kalangan mereka yang ditinjau dalam kajian FTD 2013 di Asia Tenggara adalah 58.9 tahun. 1

Ini bermakna, FTD lebih kerap dilihat pada orang yang hidup dengan demensia permulaan muda (YOD) berbanding dengan orang yang hidup dengan demensia berumur lebih dari 65 tahun. 

Di kalangan individu-individu yang menghidap demensia yang dilihat di Institut Neurosains Kebangsaan Singapura (NNI) dari 2013 hingga 2017, 17% orang dengan YOD mengalami FTD, berbanding dengan hanya 7% orang yang mengalami permulaan FTD pada atau selepas usia 65 tahun. 2

blank

Data dari NNI mengenai individu yang menghidapi demensia yang dilihat di NNI dari 2013 hingga 2017.

Seberapa biasa FTD?

FTD adalah jenis demensia yang agak jarang berlaku

Anggaran berapa peratus daripada diagnosis demensia adalah diagnosis FTD berbeza-beza, dan berkisar antara 2.6 hingga 5% 3, 4 daripada semua kes demensia

Di Amerika Syarikat, bilangan individu dalam populasi umum yang mengalami FTD setiap tahun dianggarkan kira-kira 15 hingga 22 orang bagi setiap 100,000 orang.3, 5,

Risiko

Satu-satunya faktor risiko yang diketahui untuk FTD ialah sejarah keluarga yang menghidap keadaan tersebut. Dianggarkan bahawa FTD adalah keadaan yang diwarisi dalam setiap satu daripada tiga kes.6

Simptom utama FTD

Perubahan otak menyebabkan simptom yang mungkin termasuk: 

  • Perubahan tingkah laku dan personaliti, seperti kesulitan untuk berempati dengan orang lain, berkelakuan yang sesuai dalam situasi sosial, dan tingkah laku kompulsif yang berulang-ulang
  • Isu bahasa dan pertuturan
  • Masalah dengan kemahiran fungsi eksekutif, seperti perancangan, pertimbangan, penalaran, dan perhatian yang terpilih
  • Masalah dengan pengenalan objek dan orang 
  • Masalah pergerakan (kearah peringkat lewat FTD)
  • Masalah ingatan (terutama apabila FTD semakin berkembang) 

 

Pada tahun 2013, kajian orang dengan FTD di Asia Tenggara, simptom yang paling biasa bagi semua orang dengan FTD yang di tinjau, semuanya sudah tidak bekerja atau telah bersara, adalah kemerosotan fungsi eksekutif dan isu keupayaan memproses maklumat (iaitu isu ingatan kerja). Simptom biasa bagi peserta kajian dengan varian tingkah laku FTD ialah kehilangan wawasan dan kehilangan kesederan sosial; sebahagian besar peserta dengan varian bahasa FTD mengalami kesukaran mencari perkataan.1  

Jenis-jenis FTD

Simptom FTD dan susunan perkembangannya apabila demensia berkembang, bergantung pada jenis FTD yang dialami oleh seseorang. 

Terdapat tiga jenis FTD: 

  • Varian Tingkah Laku Demensia Frontotemporal (bvFTD)
  • Afasia Progresif Primer (APP) 
  • Demensia Frontotemporal yang dikaitkan dengan gangguan pergerakan
 

Varian Tingkah Laku Demensia Frontotemporal (bvFTD)

Varian tingkah laku demensia frontotemporal, atau bvFTD adalah jenis FTD yang paling biasaSebelum ini, ia dikenali sebagai penyakit Pick, selepas doktor Czschoslovakia yang menggambarkan keadaan itu pada tahun 1892.

Salah satu simptom bvFTD yang lebih biasa ialah perkembangan perubahan tingkah laku yang ketara pada peringkat awal. Ini berbeza dengan demensia yang lain, seperti penyakit Alzheimer, dimana perubahan tingkah laku sering berlaku pada peringkat demensia yang lebih lanjut.

Afasia Progresif Primer (APP)

APP ialah bentuk FTD paling biasa yang kedua, dan cirinya adalah kemerosotan bahasa progresifPerkataan afasia bermaksud kesukaran dengan pertuturan dan bahasa.

Demensia Frontotemporal yang dikaitkan dengan gangguan pergerakan

FTD kadangkala berlaku bersama-sama dengan gangguan pergerakan yang disebabkan oleh kemerosokan saraf, walaupun orang yang mengalami gangguan pergerakan tidak selalu mengalami FTD.

Beberapa gangguan pergerakan yang sering dikaitkan dengan FTD termasuk:

  • Amyotrophic lateral sclerosis (ALS), atau Penyakit Lou Gehrig 
  • Sindrom Corticobasal (CBS) 
  • Palsi Supranuklear Progresif (PSP)

Tahap dan Simptom FTD

Pada peringkat awal FTD, mungkin terdapat perbezaan dalam gejala antara FTD dan jenis demensia yang lainSebagai contoh, orang yang menghidap penyakit Alzheimer cenderung mengalami masalah daya ingatan lebih ketara daripada orang yang menghidap FTD pada peringkat awal; orang yang bersama FTD lebih cenderung menunjukan perubahan tingkah laku atau masalah bahasa lebih daripada orang yang menghidap penyakit Alzheimer. 

Pada peringkat awal, perbezaan antara subjenis FTD juga lebih jelasSebagai contoh, orang dengan bvFTD mungkin menunjukkan perubahan tingkah laku, mana kala orang dengan PPA mungkin tidak, dan orang dengan PPA mungkin mengalami kesukaran bahasa mana kala orang dengan bvFTD mungkin tidak. 

Walau bagaimana pun, apa bila keadaan ini berkembang, dan apabila perubahan berlaku di banyak bahagian otak, simptom yang dialami oleh orang yang bersama subjenis FTD berbeza meluaskan skop dan bertindih antara satu sama lain. 

Simptom juga menjadi serupa dengan jenis demensia yang lain, seperti Alzheimer.  Sebagai contoh, masalah dengan daya ingatan dan perubahan tingkah laku menjadi lebih biasa bila keperingkat lewat dikebanyakan jenis demensia.  

Anda mungkin mendapat lebih banyak maklumat tentang simptom demensia yang biasa di sini. 

blank

Diagnosis

Proses diagnosis untuk FTD mungkin panjang kerana beberapa sebab: 

  • Kondisi lain: Simptom-simptom FTD boleh bertindih dengan keadaan kesihatan mental atau neurologi lain, termasuk kemurungan, gangguan obsesif-kompulsif, psikosis, atau strok. 
  • Jenis demensia: Simptom-simptom FTD juga sukar dibezakan daripada jenis demensia yang lain seperti penyakit Alzheimer.  
  • Umur: FTD mungkin berkembang pada umur yang lebih muda daripada kebanyakan kes demensia; pakar perubatan dan professional menyemak kemungkinan keadaan lain yang mungkin mempunyai gejala yang sama sebelum menguji FTD. 

Sokongan untuk keluarga dan penjaga

FTD boleh menjadi sangat sukar terutamanya untuk keluarga dan penjaga kerana gejala khusus untuk FTD, seperti perubahan tingkah laku yang ketara dalam FTD varian tingkah laku, atau isu berkaitan komunikasi dalam afasia progresif primer. 

Keluarga yang tinggal bersama seseorang dengan FTD, dan orang dengan FTD sendiri, mungkin juga menghadapi cabaran terutama kepada demensia permulaan muda, seperti pekerjaan atau perubahan pendapatan, sekiranya orang dengan demensia mempunyai tanggungan, dan tidak akan dapat melaksanakan tanggung jawab kerja yang sama apabila keadaan mereka semakin meningkat, atau jika penjaga mengambil cuti kerja untuk menjaga orang tersayang. Disamping itu, tanggungan dan orang tersayang perlu mengemudi perubahan hubungan mereka bersama orang dengan FTD. 

Mendapatkan bimbingan dan sokongan adalah penting untuk orang dengan FTD dan orang tersayang mereka. 

ika anda adalah ahli keluarga seseorang yang hidup dengan demensia, atau jika anda seorang yang menjaga mereka: menjaga diri anda sendiri, mendapatkan sokongan dan berhubung dengan rakan sebaya boleh   memberi manfaat yang besar untuk kesejahteraan anda. Untuk maklumat lanjut tentang kumpulan sokongan atau perkhidmatan ini, klik di sini. 

Menjaga orang dalam komuniti anda yang mungkin menghidap FTD

Orang dengan FTD yang tinggal dikalangan kita, terutamanya mereka yang lebih muda, sering tidak difahami oleh orang disekeliling mereka kerana kesederan dan pemahaman orang ramai tentang FTD agak kurang. 

Orang-orang ini boleh lebih berisiko tinggi terasing dari sosial kerana kekurangan pemahaman tentang gejala mereka, termasuk tingkah laku yang mungkin kelihatan sukar, atau gangguan komunikasi seperti afasia. 

Pada masa yang sama, orang-orang ini perlu disokong, difahami, di sertai dan dilayan sebagai individu dengan cerita mereka sendiri. 

Ahli keluarga dan penjaga orang dengan FTD juga memerlukan sokongan dan pemahaman, terutamanya dengan perjalanan unik yang akan dihadapi semasa tinggal bersama orang dengan FTD. 

Jika anda mengenali seseorang dengan FTD, atau penjaga atau ahli keluarga seseorang dengan FTD, pastikan anda terus menghulurkan  sokongan, persahabatan  dan telinga yang mendengar kepada  mereka dengan cara yang anda boleh.  

Bagaimana untuk mendapatkan bantuan?

Jika anda atau seseorang yang anda kenali mungkin mempunyai FTD dan memerlukan sokongan atau maklumat, hubungi Pasukan Mendekati Masyarakat (CREST) untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mendapatkan sokongan, atau hubungi talian bantuan Dementia Singapura di 6377 0700.

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

  1. Tan, Y. L., Ng, A., & Kandiah, N. (2013). Frontotemporal dementia in southeast Asia: a comparative study. Dementia and Geriatric Cognitive Disorders Extra, 3(1), 1-9. 
  2. Chiew, H. J., Dr (2021, July 5). Young-Onset Dementia: Improving Outcomes With Early Recognition at Primary Care. SingHealth. Retrieved May 15, 2023, from https://www.singhealth.com.sg/news/defining-med/Young-Onset-Dementia   
  3. Leroy, M., Bertoux, M., Skrobala, E., Mode, E., Adnet-Bonte, C., Le Ber, I., … & Lebouvier, T. (2021). Characteristics and progression of patients with frontotemporal dementia in a regional memory clinic network. Alzheimer’s Research & Therapy, 13, 1-11. 
  4. Alzheimer’s Research UK (n.d.). Frontotemporal Dementia. Retrieved June 13, 2023, from https://www.alzheimersresearchuk.org/dementia-information/types-of-dementia/frontotemporal-dementia/  
  5. Knopman, D. S., & Roberts, R. O. (2011). Estimating the number of persons with frontotemporal lobar degeneration in the US population. Journal of Molecular Neuroscience, 45, 330-335. 
  6. Alzheimer’s Association. (2023). Frontotemporal dementia (FTD). In Alzheimer’s Association. Retrieved June 12, 2023, from https://www.alz.org/media/documents/alzheimers-dementia-frontotemporal-dementia-ts.pdf  

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Related Articles

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content