Sebagai seorang yang mengalami gejala yang mirip demensia, atau ahli keluarga terdekat atau rakan yang sebegitu, anda mungkin tertanya-tanya apa yang akan berlaku semasa lawatan ke doktor.
Sertai kami dalam perjalanan melalui proses diagnostik, di mana dengan bantuan pasukan professional penjagaan kesihatan, anda boleh memahami gejala mirip demensia ini dengan lebih baik.
Gambaran keseluruhan proses diagnostik
Proses ini melibatkan beberapa sesi dengan profesional penjagaan kesihatan. Ia selalunya bermula dengan berjumpa doktor swasta (GP) atau doktor keluarga di poliklinik atau klinik GP. GP atau doktor akan menjalankan peperiksaan awal dan konsultasi.
GP atau doktor keluarga akan merujuk orang yang mengalami gejala mirip demensia itu kepada pasukan pakar, atau kepada pakar neurologi, pakar geriatrik, atau pakar psikiatri untuk perundingan dan penilaian lanjutan selama beberapa sesi.
Sesi ini termasuk gabungan perundingan, pegambilan sejarah terperinci, ujian darah, ujian kognitif, dan imbasan otak untuk mengetahui sama ada seseorang itu menghidapi demensia, dan jika boleh, jenis demensia yang mereka alami.
Semasa lawatan ke doktor, bawa bersama orang yang dipercayai
Kami menggalakkan orang yang melalui proses diagnostik untuk ditemani oleh seseorang yang boleh dipercayai dan mengenali mereka dengan baik; seseorang yang tinggal bersama orang yang sedang didiagnosis, atau ahli keluarga dan rakan yang rapat dengan orang tersebut.
Ini amat penting pada lawatan pertama ke doktor.
Orang yang menemani ini boleh bertindak sebagai pemberi maklumat, menyediakan maklumat penting yang boleh membantu dalam proses diagnostik.
Di samping itu, orang ini boleh membantu orang yang didiagnosis untuk membuat susulan sesi diagnosis selanjutnya. Mereka juga boleh menjadi sumber sokongan, menjalani bersama orang yang melalui proses diagnostik, kerana perjalanan ini boleh mencabar.
Ia sangat membantu bagi mereka yang melalui proses diagnostic membawa seseorang untuk temu janji mereka.
Proses diagnostik mungkin melibatkan prosedur-prosedur ini:
1. Temu Bual
Kedua-dua orang yang mengalami gejala, dan orang yang mengenali mereka dengan baik, seperti ahli keluarga, akan ditemu bual oleh professional penjagaan kesihatan seperti doktor atau jururawat.
Pakar penjagaan kesihatan selalunya akan meminta maklumat yang lebih terperinci tentang:
- Apakah gejala yang dialami oleh orang itu, bila mereka alaminya dan berapa lama. Gejala seperti kehilangan ingatan, masalah berbahasa, kehilangan arah tujuan, perubahan mood dan tingkah laku, dan masalah dengan keupayaan untuk membuat perancangan.
- Bagaimana gejala ini telah menjejas kemampuan orang itu menjalani tugas dan rutin hariannya.
- Latar belakang orang tersebut, termasuk sejarah perubatan, gejala tingkah laku dan psikologi, ubat-ubatan dan supplemen yang diambil.
- Latar belakang pendidikan dan pekerjaan orang tersebut.
Proses diagnosis akan melibatkan temu bual tentang keadaan seseorang itu.
2. Ujian untuk Keadaan Perubatan lain yang sedia ada
Untuk mengecualikan atau mengenal pasti kehadiran keadaan perubatan lain, doktor selalunya akan membuat ujian keadaan selain daripada demensia. Keadaan ini mungkin menjadi punca, menyumbang, atau membuat seperti-gejala demensia.
Beberapa keadaan ini termasuk gangguan mood, seperti kemurungan; strok; kecederaan otak traumatic (TBI); keadaan perkembangan saraf; delirium; dan keadaan psikiatri seperti psikosis.
Dapatkan maklumat lanjut tentang keadaan lain yang menunjukkan gejala-seperti demensia
3. Saringan dan Penilaian Kognitif
Oleh kerana kemerosotan kognitif adalah gejala utama demensia, ujian kognitif dan bahasa (contohnya, ujian orientasi dan ujian ingatan jangka pendek dan panjang) dijalankan.
4. Ujian Darah
Ujian darah dijalankan untuk mengecualikan keadaan lain dengan menguji penanda-penanda gangguan lain yang boleh menyumbang kepada gejala yang dialami oleh orang tersebut.
5. Pengimejan Otak
Imbasan otak kadangkala dilakukan selepas ujian darah telah menolak kemungkinan keadaan perubatan lain. Semasa imbasan otak, hanya kepala orang tersebuty diimbas.
Imbasan otak ini termasuk Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), Tomografi Berkomputer (CT), atau imbasan Positron Emission Tomography (PET).
Kadangkala, lebih daripada satu imbasan pengimejan otak akan dilakukan supaya pasukan perubatan dapat memahami gejala dengan lebih baik dengan menggunakan keputusan imbasan otak yang berbeza.
Mesin yang digunakan untuk menjalankan pelbagai jenis imbasan semuanya berbentuk seperti donat disisinya. Imbasan otak dilakukan dengan orang berbaring diam. Prosedur ini akan mengambil masa sekitar 30 minit hingga 90 minit bergantung kepada jenis imbasan otak yang digunakan oleh doktor.
Dalam imej di atas, pesakit berbaring sebelum prosedur pengimejan sebagai profesional penjagaan kesihatan menyediakannya untuk prosedur itu. Mesin yang digunakan untuk menjalankan imbasan MRI, CT dan PET semuanya berbentuk seperti donat di sisinya, seperti objek bulat berwarna putih dalam imej dit atas.
Pesakit atau penjaga mereka hendaklah memaklumkan kepada pasukan perubatan sama ada pesakit:-
- Mengandung
- Mempunyai klaustrofobia, kerana mesin yang mengelilingi kepala pesakit mungkin terasa seperti ruang kecil yang tertutup
- Sukar untuk menahan bunyian yang kuat, kerana mesin pengimbas mengeluarkan bunyi ketukan secara berkala semasa beroperasi (penyumbat telinga atau fon kepala ditawarkan sebelum prosedur imbasan dimulakan).
- Mungkin tidak boleh berbaring diam semasa prosedur.
Sekiranya pesakit cemas dan tidak boleh berbaring diam untuk imbasan, mungkin mereka diberi sedikit ubat penenang, iaitu sesuatu yang digunakan untuk menenangkan seseorang.
Pesakit akan dijaga oleh kedua-dua pakar radiologi (doktor yang pakar dalam menggunakan teknologi pengimejan perubatan untuk mendiagnosis dan merawat keadaan), dan juru radiograf (profesional penjagaan kesihatan yang mengendalikan mesin yang membuat imbasan) semasa prosedur.
- Maklumat tentang imbasan otak MRI, CT dan PET
Satu cara yang tidak menyakitkan dan tidak invasif, menggunakan gelombang magnetik untuk mencipta imej otak.
Persediaan untuk imbasan
Sebagai peraturan, pesakit tidak dibenarkan memakai atau membawa apa-apa barang logam ke dalam bilik imbasan MRI. Jika barang logam tidak boleh ditanggalkan, pesakit semestinya memberitahu pasukan perubatan dengan segera.
Adalah penting untuk memberitahu pasukan perubatan jika pesakit mempunyai:
- Implan perubatan (contohnya, implan koklea, perentak jantung, klip aneurisma otak, implan logam pada tulang belakang atau anggota badan yang lain).
- Tatu yang mungkin mengandungi sejumlah kecil logam.
Pesakit akan diminta untuk menanggalkan:-
- Aksesori dan barang kemas
- Gigi palsu
- Alat pendengaran
- Rambut palsu
Pesakit akan dinasihatkan untuk menanggalkan atau mengurangkan penggunaan produk seperti alat solek, pengilat kuku, antipeluh, atau pelindung matahari, yang mungkin mengandungi sejumlah kecil logam.
Semasa imbasan
Proses pengimbasan berlangsung dari 30 hingga 90 minit. Pada masa ini, pesakit perlu berbaring diam untuk imej MRI diambil.
Satu cara yang tidak menyakitkan dan tidak invasif untuk mengimbas dan mencipta imej keratan rentas otak.
Persediaan untuk imbasan
Pesakit mungkin dinasihatkan supaya tidak makan atau minum beberapa jam sebelum imbasan untuk memastikan imej yang diambil jelas.
Di samping itu, pesakit perlu menanggalkan sebarang objek logam yang boleh mengganggu imbasan.
Semasa imbasan
Imbasan CT mengambil masa kira-kira 15 hingga 30 minit. Pada masa itu, pesakit perlu berbaring diam. Mereka mungkin diminta untuk menahan nafas atau bernafas masuk dan keluar untuk beberapa ketika.
Satu cara yang tidak menyakitkan dan tidak invasif untuk mencipta imej otak.
PET berfungsi dengan mengesan radiasi yang dihasilkan oleh bahan yang dipanggil penjejak radio (radiotracer). Penjejak radio disuntik ke dalam vena di lengan tangan pesakit sebelum imbasan.
Dalam proses diagnosis demensia, imbasan PET digunakan untuk mengesan kehadiran protein yang dipanggil amiloid dan tau.
Pembentukan amiloid dan tau berlaku apabila seseorang menghidap penyakit Alzheimer, yang merupakan punca biasa untuk demensia.
Persediaan untuk imbasan
Pesakit akan dinasihatkan untuk berpuasa selama 6 jam sebelum imbasan, walaupun mereka masih boleh minum air.
Di samping itu, pesakit perlu menanggalkan sebarang objek logam yang mungkin mengganggu imbasan.
Sekitar satu jam sebelum imbasan, penjejak radio akan disuntik ke dalam vena di lengan tangan pesakit.
Pesakit kemudian perlu berbaring diam dan berehat sementara penjejak radio bergerak ke bahagian-bahagian lain di badan.
Semasa imbasan
Selepas satu jam, pesakit akan diberi suntikan penjejak radio sebelum imbasan PET dimulakan.
Imbasan PET berlangsung selama kira-kira 30 minit hingga 60 minit, di mana pesakit perlu berbaring diam
Di mana untuk mendapatkan maklumat lanjut dan sokongan
Memulakan proses diagnosis mungkin menakutkan, tetapi mendapatkan diagnosis membawa kejelasan kepada kehidupan orang yang mengalami gejala dan keluarga mereka. Semakin cepat anda mendapat bantuan, semakin awal rawatan dan sokongan untuk demensia boleh bermula.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali mungkin menghidap dengan demensia dan memerlukan sokongan atau maklumat, hubungi Pasukan Mendekati Masyarakat (CREST) untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mendapatkan sokongan, atau hubungi talian bantuan Demensia Singapura di 6377 0700.