Help Us Improve
5 Min Bacaan

Kita semakin sedar akan pentingnya kesihatan otak, yang menjejas kesejahteraan fizikal dan fungsi harian kita. Keupayaan untuk mengurus diri sendiri dengan baik dan menjaga orang yang kita sayangi mempunyai makna yang sangat besar kepada kita. 

Pemahaman kita tentang otak dan bahagian sistem saraf yang lain, dan bagaimana ia mengawal tingkah laku kita yang kompleks, telah menjadi subjek penyelidikan yang intensif sepanjang empat hingga lima dekad yang lalu. Bagaimanapun, hanya satu hingga dua dekad terakhir ini pengetahuan ini mendapat perhatian yang meluas. 

Berdasarkan kajian penyelidikan yang dijalankan di seluruh dunia dan di Singapura, kita kini tahu bagaimana untuk mengubah dan mengawal tabiat gaya hidup kita bagi meningkatkan kesihatan otak kita.  Meski pun terdapat beberapa faktor yang tidak dapat diubah yang meninggikan risiko kita untuk mendapat demensia, seperti penuaan, terdapat banyak perkara yang menyeronokkan dan bermakna yang boleh kita lakukan dalam kehidupan seharian kita untuk mengurangkan risiko ini. 

Ini boleh dibahagikan kepada tiga perkara: gaya hidup, diet, dan mindfulness. 

1. Gaya Hidup

Kegiatan fizikal 

Kajian telah menunjukkan bahawa kegiatan fizikal menyumbang kepada kesihatan otak dengan mengekalkan tahap metabolik yang meningkatkan kesihatan otak. 
 
Ini sejajar dengan apa yang kita ketahui tentang ‘centenarian’ (orang yang berumur 100 tahun ke atas), yang memastikan diri mereka kekal aktif secara fizikal dan mental sepanjang hayat, dan yang boleh kita contohi. Pada masa yang sama, setiap daripada kita adalah unik, maka sebaiknya sesuaikan tahap kegiatan kita dan pilih kegiatan berdasarkan keadaan fizikal kita. 

blank

Senaman berkumpulan, seperti kegiatan tarian kumpulan, menggabungkan elemen interaksi sosial yang, selain daripada senaman, meningkatkan kesihatan otak.  Kita juga boleh mempertimbangkan kegiatan yang boleh dilakukan sama ada secara berkumpulan atau bersendirian, seperti lari-lari anak, yoga, dan berjalan dalam alam semula jadi. 

Tiada jumlah masa tetap yang disyorkan untuk setiap kegiatan, kerana ia adalah subjektif dan bergantung pada minat individu. 

Tidur

Anda disyorkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya tujuh jam tidur yang lena setiap hari untuk merehatkan dan menyegarkan semula tubuh. 

Elak daripada merokok  

Asap rokok mengandungi banyak bahan berbahaya yang mengganggu fungsi normal otak dalam jangka masa panjang. Bahan-bahan ini menjejas kestabilan saluran darah, yang boleh membawa kepada penyakit kronik, termasuk tekanan darah tinggi, dan meningkatkan risiko demensia vaskular. 

Minum air yang secukupnya  

Minum air yang secukupnya (lapan gelas atau kira-kira dua liter sehari, berdasarkan saranan daripada HealthHub Singapore) adalah penting untuk proses selular otak berfungsi dengan betul.  Selain itu, minum air kosong adalah lebih baik untuk hidrasi berbanding banyak minuman lain. 

Interaksi sosial  

Komunikasi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan, serta tahap interaksi sosial dan sokongan yang membina, mengekalkan tahap rangsangan kognitif dalam otak. 

2. Diet

blank

Lembaga Penggalakan Kesihatan Singapura telah mempromosikan peri pentingnya diet yang seimbang: diet rendah gula, garam dan lemak tepu, dan yang mempunyai cecair yang mencukupi. Berkenaan diet bagi kesihatan otak, semakin banyak bukti menunjukkan manfaat diet Mediterranean dan jenis tabiat pemakanan lain yang menyokong kesihatan otak. Kita tidak perlu mengubah diet secara mendadak untuk menyerupai diet Mediterranean, atau mengubahnya untuk mematuhi saranan yang lain secara ketat. Sebaliknya, kita boleh mengguna pakai dan menggabungkan beberapa komponen diet ini ke dalam masakan kita sendiri, seperti yang ada di Singapura, berdasarkan bukti-bukti saintifik yang menyokong manfaatnya.

  • Elakkan makanan yang diproses dan gunakan lebih banyak bahan segarIni tidak bermakna anda perlu membeli bahan organik premium (bahan bebas racun serangga, baja dan komponen tiruan lain). Kita hanya perlu mengurangkan pengambilan makanan dalam tin, yang diproses dan yang sedia untuk dimakan (termasuk makanan segera) jika boleh. Sebaliknya, dapatkan bahan-bahan segar, dan bersihkan dan sediakan sebelum memasak. Makanan yang disediakan dan dimasak segar pastinya lebih berkhasiat dan bermanfaat untuk semua peringkat umur. 
  • Sertakan bijirin penuh Karbohidrat lebih bermanfaat untuk kita dalam bentuk yang tidak diproses dan semula jadi. Ia menggalakkan proses metabolisme tubuh kita untuk bekerja secara optimum. Walaupun masakan yang dimakan oleh orang di Singapura kadang-kala menampilkan beras putih sebagai makanan ruji, kita boleh membuat penyesuaian kecil untuk kesihatan yang lebih baik dengan menetapkan beberapa hari dalam seminggu di mana kita mengambil karbohidrat yang tidak diproses seperti beras perang, quinoa dan oat.
  • Sertakan kekacang dalam makanan sekurang-kurangnya dua kali seminggu Protein berpecah kepada komponen asid amino untuk membantu membaiki sel-sel dalam tubuh kita. Walaupun daging adalah sumber protein yang kaya dalam banyak diet, terdapat juga alternatif yang lebih sihat untuk mendapatkan protein yang mencukupi dalam diet anda. Kekacang seperti kacang, kacang pis dan lentil adalah contoh sumber protein yang sihat. Dalam masakan Asia, tauhu, yang diperbuat daripada kacang soya, adalah contoh bahan kaya protein yang mudah dimasak dengan pelbagai makanan lain untuk hidangan yang lazat. 
  • Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hariAnti-oksidan membantu melambatkan beberapa mekanisme proses penuaan.  Buah-buahan seperti beri biru dan sayur-sayuran seperti ubi bit adalah sumber yang kaya dengan anti-oksidan. Kita boleh makan salad dengan sos yang sihat – dibuat dengan bahan-bahan yang tidak diproses, termasuk lemak yang sihat (lihat di bawah) – dan sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dalam setiap hidangan. 
  • Lemak yang sihat untuk fungsi otak yang sihatKomponen utama otak manusia terdiri daripada tisu  lemak yang memainkan peranan penting dalam penghantaran isyarat mikro-elektrik yang betul. Otak adalah salah satu organ dalam tubuh kita yang mempunyai peratusan lemak paling tinggi. Lemak sihat boleh diperolehi dengan mengambil minyak ikan (cth. daripada ikan salmon), kacang dan biji yang tidak diproses, minyak masak dan sos salad daripada minyak zaitun, biji sesawi dan bunga matahari. 

Mesej utama yang dibawa pulang adalah kita harus meningkatkan pengambilan makanan yang  baru disediakan dan tidak diproses. Jenis diet Mediterranean yang kaya dengan makanan yang memberi manfaat kepada jantung, saluran darah dan usus akan meningkatkan kesihatan otak kerana sistem-sistem tubuh ini bekerjasama rapat. 

3. 'Mindfulness'

blank

Perubatan konvensional mengiktiraf kuasa hubungan antara minda dan tubuh.  Kajian mendapati bahawa manusia sembuh dengan lebih baik jika mereka mempunyai kesihatan emosi dan mental yang baik. Konsep asas ‘mindfulness’ melibatkan meluangkan sekurang-kurangnya lima hingga sepuluh minit setiap hari untuk berlatih mengawal pernafasan dan meditasi untuk mencapai keadaan mental yang stabil dan emosi yang tenang. Secara saintifik, ini boleh memberi kesan positif kepada ‘biofeedback’ untuk memulihkan keseimbangan isyarat kimia dalam tubuh kita. 

BIO PENULIS

blank
Brain Bank singapore

Brain Bank Singapore ialah program pilihan derma otak kebangsaan yang ditubuhkan pada November 2019 untuk membantu dalam pemahaman yang lebih baik tentang pelbagai keadaan yang menjejas otak manusia seperti demensia, gangguan neurodegeneratif dan psikiatri yang lain, melalui penyelidikan bioperubatan yang penting. Kami bekerjasama dengan Sekolah Perubatan Lee Kong Chian, Institut Sains Neuro Nasional, Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional dan Sekolah Perubatan NUS Yong Loo Lin.  

Laman Web: https://www.brainbanksingapore.org/
Facebook: @brainbanksg

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following resources contain bite-sized information that you may download and/ or print: 
Click on the images below to download in English or select another language.

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Related Articles

Skip to content