Help Us Improve
2 Min Bacaan

Perancangan Penjagaan Awal (ACP) merupakan proses perancangan untuk kesihatan dan penjagaan diri seseorang pada masa hadapan. Mengadakan perbualan tentang ACP membolehkan ahli keluarga anda yang ada demensia untuk:

  • Berkongsi nilai-nilai dan kepercayaan peribadi mereka bersama keluarga  
  • Teroka bagaimana nilai-nilai dan kepercayaan mereka mempengaruhi pilihan penjagaan kesihatan mereka dalam situasi perubatan yang sukar  
  • Mewakilkan ahli keluarga/saudara yang dipercayai untuk membuat keputusan penjagaan kesihatan bagi pihaknya, sekiranya dia tidak berupaya satu hari nanti 


Sebaiknya, perbincangan mengenai orang yang
ada demensia harus dilakukan seawal mungkin, sementara ahli keluarga anda yang ada demensia masih berupaya untuk membuat pilihan dan keputusan yang termaklum. 

Ketahui lebih lanjut tentang apa itu ACP. Untuk maklumat lanjut, layari AIC. 

Untuk Siapakah Perancangan Penjagaan Awal?

ACP adalah sebahagian penting dalam rutin penjagaan kesihatan. Sesiapa sahaja boleh memulakan ACP mereka hari ini tidak kira umur atau keadaan kesihatan mereka. Membincangkan dan mendokumentasikan pilihan penjagaan kesihatan dengan ahli keluarga anda dan pasukan penjagaan kesihatan boleh memberikan ketenangan fikiran kepada semua. 

ACP adalah penting, terutamanya bagi mereka yang menghidap penyakit kronik, gangguan kognitif awal, lemah, atau menghampiri penghujung hayat. 

Perbualan ACP: Puan Jee (Sari kata Melayu)
Sumber: Agensi Penjagaan Bersepadu 

Puan Jee memilih anak perempuannya sebagai jurucakapnya. Melalui perbualan Perancangan Penjagaan Awal (ACP), ahli keluarganya dimaklumkan tentang nilai-nilai peribadinya dan bagaimana dia ingin dijaga sekiranya dia tidak berupaya untuk berfikir atau bercakap untuk dirinya sendiri. Video ini memberikan penerangan tentang bagaimana ACP memberi ketenangan fikiran kepada ahli keluarganya sambil mereka lalui pengalaman menjaga ibu mereka.   

Manfaat Perancangan Penjagaan Awal

Melakukan ACP membantu menggalakkan penjagaan kesihatan yang lebih menyeluruh:

Pesakit menerima penjagaan kesihatan yang sesuai dengan nilai-nilai dan pilihan mereka.  Ramai pesakit yang telah melakukan ACP mereka mengelakkan rawatan perubatan yang tidak perlu atau terlalu agresif.

Keluarga orang yang telah melakukan ACP mereka kurang mengalami rasa gelisah atau tekanan, dan lebih jelas tentang keputusan yang perlu dibuat. .

Pasukan penjagaan kesihatan lebih memahami tentang mutu hidup yang anda harapkan dan boleh bertindak demi kepentingan terbaik anda.

Pentingnya perbualan ACP bagi pesakit demensia
Sumber: Agensi Penjagaan Bersepadu

Perbualan yang betul, pada masa yang sesuai, dengan orang yang tepat membolehkan mereka yang ada demensia dan ahli keluarga mereka bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal mereka lalui. Video ini meneroka senario di mana sebuah keluarga bersama-sama menyusun rancangan penjagaan orang tersayang mereka yang ada demensia. 

Sumber Tambahan

Legasi Saya

Ini adalah laman web pemerintah Singapura yang mengandungi maklumat tentang perancangan akhir hayat. Halaman mereka tersedia dalam bahasa Inggeris, Mandarin (中文), Melayu, dan Tamil (தமிழ்).

Ketahui lebih lanjut tentang membuat Rancangan Penjagaan Awal. 
Ketahui lebih lanjut tentang merancang lebih awal. 

Adakah Anda Takut Mati? | Boleh Tanya Ke?

Sumber: Our Grandfather Story

Dalam video ini, orang-orang yang ditemu bual berkongsi tentang perjalanan keadaan kesihatan mereka. Mereka juga membincangkan ACP dan Surat Kuasa Berkekalan (LPA). 

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Related Articles

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content