Bantu kami memperbaiki
blank
4 bacaan minit

Kegelisahan adalah perkara biasa dalam kalangan orang yang hidup dengan demensia dan boleh menjadikan kehidupan seharian mereka mencabar. Artikel ini meneroka punca dan gejala kegelisahan dalam individu yang hidup dengan demensia dan memberikan tip praktikal untuk penjaga membantu orang tersayang mereka.

Apakah itu Kegelisahan?

Kegelisahan adalah tindak balas emosi terhadap ketakutan atau tekanan. Walaupun perasaan cemas adalah perkara biasa dari masa ke semasa, mengalami ketakutan atau kegelisahan yang melampau bukanlah perkara biasa.1 Kegelisahan berbeza daripada keadaan lain yang berkaitan, seperti tekanan dalam kalangan orang yang hidup dengan demensia. 

Kegelisahan: Kebimbangan atau ketakutan yang melampau yang mengganggu kehidupan seharian, sering kali berkaitan dengan kemerosotan kognitif atau perubahan dalam rutin harian.
Tekanan: Kebimbangan jangka pendek, biasanya sebagai tindak balas kepada ancaman yang dikenali.2

Bagi mereka yang hidup dengan demensia, kegelisahan sering meningkat, menjadikan tugas dan interaksi harian lebih sukar.  Kegelisahan lebih kerap dialami oleh individu yang mempunnyai Demensia Vaskular atau Demensia Frontotemporal (FTD). Memahami bagaimana kegelisahan menjejas mereka dan belajar bagaimana untuk mengurusnya boleh meningkatkan mutu kehidupan bagi kedua-dua penjaga dan orang yang hidup dengan demensia.

Punca Kegelisahan

Kadangkala, mereka yang hidup dengan demensia berkemungkinan menunjukkan kegelisahan disebabkan oleh faktor neurologi dan psikologi. Beberapa punca biasa kegelisahan disenaraikan di bawah:

Faktor Neurologi

Kerosakan pada bahagian otak yang melibatkan pengawalan emosi:

Apabila demensia menjadi semakin teruk, ia boleh menjejas bahagian otak yang bertanggungjawab dalam memproses emosi.

Kemerosotan kognitif:

Kesukaran dengan daya ingatan, dan orientasi ruang boleh menyebabkan ketakutan dan kegelisahan.

Faktor Psikologi

Bimbang tentang masa depan:

Pada peringkat awal demensia, individu mungkin berasa gelisah tentang masa depan mereka.

Kebingungan dan kekeliruan arah:

Pada peringkat lanjut demensia, kegelisahan mungkin berpunca daripada rasa kehilangan atau ketidakupayaan untuk mengenali wajah yang biasa dikenali.

Faktor Penyumbang Lain

Kesakitan atau Ketidakselesaan seperti penyakit fizikal atau kelaparan:

Penyakit fizikal atau kelaparan boleh mencetuskan kegelisahan pada orang yang hidup dengan demensia.

Ubat-ubatan:

Sesetengah ubat yang digunakan untuk orang yang mempunyai demensia boleh menyebabkan kesan sampingan yang meningkatkan kegelisahan.

Trauma atau Masalah Kesihatan Mental yang Lalu:

Sejarah trauma, penderaan, atau gangguan keresahan yang sedia ada boleh membuat individu mudah terjejas oleh kegelisahan.3

Kegelisahan di kalangan orang yang hidup dengan demensia boleh kelihatan berbeza bergantung kepada tahap keadaan tersebut. Pada peringkat awal, kegelisahan boleh disebabkan oleh kebimbangan tentang masa depan dan ketakutan sekiranya keadaan menjadi bertambah teruk. Bagaimanapun, pada peringkat lanjut demensia, kegelisahan biasanya berpunca daripada kekeliruan tentang masa kini, seperti ketidakupayaan seseorang itu untuk mengenali persekitarannya.

Gejala Kegelisahan

Adalah penting untuk mengenali tanda-tanda kegelisahan dalam individu yang hidup dengan demensia. Gejala-gejala ini berbeza berdasarkan peringkat demensia dan tahap kesihatan individu secara keseluruhan.

Gejala-gejala biasa mungkin termasuk:

  • Keresahan atau melakukan gerak-gerakan kecil
  • Mudah marah atau hampa
  • Degupan jantung yang kencang atau menggeletar
  • Sukar untuk tidur
  • Kekeliruan yang meningkat
  • Sentiasa berasa gelisah atau tidak tenang

Memberi Sokongan pada Orang Tersayang Anda yang Mengalami Kegelisahan

Wujudkan Persekitaran yang Tenang dan Boleh Dijangka

Rutin yang konsisten boleh mengurangkan ketidakpastian dan kegelisahan. Cuba pastikan kegiatan harian, seperti waktu makan, waktu berpakaian dan mandi adalah teratur serta elakkan seperti yang dijangkakan serta kurangkan sebarang perubahan besar dalam persekitaran. Jika perubahan diperlukan, perkenalkan perubahan itu secara beransur-ansur. Ini boleh membantu orang tersayang anda berasa selamat, dan boleh mengurangkan kegelisahan.

Jaminan dan Pengesahan

Apabila orang tersayang anda yang mengalami demensia menunjukkan kegelisahan, akui perasaan mereka tanpa membuat penilaian.

  • Akui kegelisahan mereka secara lembut: “Kami faham anda berasa bimbang, dan kami ada di sini untuk membantu.”
  • Pastikan nada anda tenang.
  • Alihkan perhatian mereka dengan menggunakan kegiatan yang mereka suka, seperti kesenian atau permainan, untuk mengurangkan perasaan cemas.

Aktiviti Fizikal

Temani orang tersayang anda untuk kegiatan fizikal yang tetap, seperti berjalan kaki atau berkebun untuk mengurangkan rasa gelisah. Galakkan mereka untuk mengambil bahagian dalam sesi berkumpulan, seperti menari atau menyanyi.

Senaman Relaksasi

Pertimbangkan untuk membimbing orang yang anda sayangi untuk mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan relaksasi seperti seni dan kraftangan atau muzik. Sertakan kegiatan kesedaran minda dalam rutin mereka bagi mengurangkan perasaan cemas.

Tonton video kesedaran minda yang singkat ini untuk mempelajari teknik-teknik pernafasan mudah yang boleh membantu mengurangkan kegelisahan.

Video ini menunjukkan 10-langkah latihan kegiatan minda yang telah diubah suai untuk pesakit yang telah sembuh dari angin ahmar, tetapi ia juga sesuai untuk sesiapa sahaja yang mengalami masalah mobiliti untuk menguruskan tekanan. Ia hanya mengambil masa 15 minit untuk menyelesaikan semua latihan dalam video tersebut.

Dapatkan Bantuan Profesional

Jika kegelisahan menjadi tidak terkawal, jumpalah penyedia penjagaan kesihatan untuk menyesuaikan pelan penjagaan atau meneroka pilihan ubat-ubatan.

Harus diberi perhatian bahawa strategi-strategi ini mungkin lebih berkesan secara amnya untuk individu yang hidup dengan demensia pada peringkat awal hingga pertengahan. Orang yang anda sayangi juga mungkin ingin mencuba terapi pelengkap dan alternatif. Ini termasuk aromaterapi, akupunktur, atau terapi urut.

Sila berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum menyertai mana-mana terapi ini. 

Diadaptasi daripada Persatuan Alzheimer dan DementiaUK.

Rumusan

Menangani rasa gelisah pada orang yang anda sayangi boleh menjadi mencabar tetapi dengan kesabaran dan strategi yang betul, anda boleh membantu mengurangkan rasa gelisah dan meningkatkan kualiti kehidupan anda dan orang tersayang anda.

Bantu kami memperbaiki

Ya Tidak
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest
  1. Alzheimer’s Society (2025). Anxiety and Dementia. https://www.alzheimers.org.uk/about-dementia/symptoms-and-diagnosis/anxiety-dementia.
  2. Barrell, A. (2020). Stress vs. anxiety: How to tell the difference. Medical News Today. https://www.medicalnewstoday.com/articles/stress-vs-anxiety
  3. Dementia UK. (October, 2022). Managing anxiety and depression in a person living with dementia. https://www.dementiauk.org/information-and-support/health-advice/managing-anxiety-and-depression-in-a-person-living-with-dementia/

Bantu kami memperbaiki

Ya Tidak
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Sumber Boleh Dimuat Turun

Bahan berikut mengandungi maklumat ringkas tentang demensia. Untuk memuat turun atau mencetaknya, hanya klik pada imej. Anda juga boleh memilih bahasa bahan tersebut dengan mengklik butang “Pilih Bahasa”.

Artikel Berkaitan

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content