Model Kajian Intervensi Geriatrik Finland untuk Mencegah Kemerosotan Kognitif dan Ketidakupayaan (FINGER) ialah pendekatan holistik yang memberi tumpuan kepada perubahan gaya hidup dan bukan ubat-ubatan. Ia telah mendapat perhatian sebagai langkah proaktif terhadap kemerosotan kognitif, menekankan kepentingan intervensi gaya hidup dalam mengekalkan kesihatan otak. Perkembangannya telah membuka jalan bagi perubahan dalam cara kita memahami dan menangani kemerosotan kognitif, iaitu cara yang lebih bersepadu dan bersifat pencegahan.
Memahami Kemerosotan Kognitif
Kemerosotan kognitif merujuk kepada kehilangan keupayaan kognitif secara beransur-ansur, yang boleh menjejaskan daya ingatan, penaakulan, dan kemahiran menyelesaikan masalah seseorang. Beberapa kemorosotan kognitif dijangka berlaku dengan usia, tetapi kemerosotan kognitif yang ketara boleh menunjukkan gangguan kognitif ringan atau lebih teruk, gangguan Neurokognitif (Demensia). Gejala sering bermula secara halus, seperti lupa janji temu atau kesukaran dalam menyelesaikan masalah, tetapi akhirnya boleh menjejaskan kehidupan seharian dan kemandirian seseorang.
Adalah penting untuk mencegah kemerosotan kognitif bagi mengekalkan mutu hidup, membolehkan individu terlibat sepenuhnya dalam aktiviti peribadi dan sosial. Dengan memberi tumpuan kepada pencegahan, kita boleh melambatkan atau bahkan mengelakkan permulaan gangguan kognitif yang teruk, memastikan kehidupan yang lebih bertenaga apabila kita semakin tua.
Prinsip Teras Model FINGER
Model FINGER dibina berdasarkan lima komponen utama:
- Pemakanan: Diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, dan protein tanpa lemak, yang menyokong fungsi kognitif.
- Kegiatan Fizikal: Aktiviti biasa, seperti berjalan kaki, boleh meningkatkan aliran darah ke otak dan pertumbuhan sambungan saraf baharu.
- Latihan Kognitif: Aktiviti seperti teka-teki dan permainan memori boleh memastikan otak aktif dan terlibat.
- Penglibatan Sosial: Penglibatan sedemikian memberikan rangsangan mental dan sokongan emosi, yang penting untuk mengekalkan kesihatan kognitif.
- Pemantauan Faktor Risiko Berkaitan Gangguan Kardiovaskular: Mengawal faktor risiko kardiovaskular seperti tekanan darah, kolesterol, glukosa darah, dan berat badan juga penting untuk kesihatan otak.
Setiap komponen di atas memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesihatan otak dan mencegah kemerosotan kognitif.
Melaksanakan Langkah Gaya Hidup untuk Mengekalkan Hubungan Sosial dan Mengekalkan Keterlibatan Otak Secara Aktif
Mengintegrasikan model FINGER ke dalam kehidupan seharian tidak perlu susah atau membawa perubahan kepada rutin harian seseorang. Seseorang boleh bermula dengan perubahan kecil dan mudah diurus. Sebagai contoh, memasukkan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran ke dalam hidangan makanan, atau berjalan pantas dengan kerap. Lama-kelamaan langkah-langkah mudah ini boleh membuat perbezaan yang ketara.
Selain aktiviti mental dan sosial, mengintegrasikan senaman fizikal ke dalam rutin seseorang adalah penting dalam mengekalkan kesejahteraan keseluruhan. Aktiviti fizikal yang kerap bukan sahaja meningkatkan kesihatan kardiovaskular, malah ia juga meningkatkan fungsi kognitif dengan meningkatkan aliran darah ke otak.
Sama ada ia berjalan pantas di taman, sesi yoga, atau kelas tarian, cari aktiviti yang anda nikmati dan tetap melakukannya secara berkala. Senaman melepaskan endorfin, yang boleh meningkatkan mood dan mengurangkan tahap tekanan, seterusnya menyokong kesihatan kognitif. Seseorang harus menyasarkan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti aerobik sederhana setiap minggu, seperti yang disyorkan oleh pakar kesihatan.
Diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, protein tanpa lemak, dan lemak sihat membekalkan nutrien penting yang diperlukan otak anda untuk berfungsi secara optimum. Makanan yang kaya dengan antioksidan, seperti beri, dan asid lemak omega-3 yang terdapat dalam ikan, seperti salmon, adalah sangat bermanfaat.
Kekal terhidrat sama penting, kerana dehidrasi ringan boleh menjejaskan keupayaan tumpuan dan kognitif anda. Seseorang harus mempertimbangkan untuk berunding dengan pakar pemakanan untuk menyesuaikan pelan diet yang memenuhi keperluan dan pilihan khusus seseorang, memberi tenaga kepada badan dan minda anda dengan berkesan.
Mengintegrasikan perubahan gaya hidup ini meletakkan asas yang kukuh untuk kecergasan kognitif jangka panjang.
Pendekatan yang Mempunyai Harapan untuk Penjagaan Demensia Tempatan
Walaupun model FINGER berasal dari Finland, ia telah dilaksanakan dalam pelbagai kajian di seluruh dunia, termasuk di Singapura. Adaptasinya menandakan trend yang menggalakkan, menonjolkan potensinya untuk meningkatkan penjagaan sokongan Kognitif bagi individu dan keluarga secara tempatan.
Bio Penulis
Hovi Care menyediakan perkhidmatan penjagaan sokongan warga emas, serta warga emas dan kognitif yang direka untuk menyokong warga emas mencapai mutu hidup yang tinggi melalui program penuaan aktif dan kesejahteraan holistik. Mereka menggabungkan pemulihan kognitif, sosial dan fizikal, untuk menyokong dan memenuhi keperluan individu.
Laman web: http://www.hovicare.sg/
- Alzheimer’s Society (2025). Anxiety and Dementia. https://www.alzheimers.org.uk/about-dementia/symptoms-and-diagnosis/anxiety-dementia.
- Barrell, A. (2020). Stress vs. anxiety: How to tell the difference. Medical News Today. https://www.medicalnewstoday.com/articles/stress-vs-anxiety
- Dementia UK. (October, 2022). Managing anxiety and depression in a person living with dementia. https://www.dementiauk.org/information-and-support/health-advice/managing-anxiety-and-depression-in-a-person-living-with-dementia/

