Bantu kami memperbaiki
5 Min Bacaan

Aktiviti Instrumental Kehidupan Harian (IADLs – Instrumental Activities of Daily Living) sering ditakrifkan sebagai aktiviti yang dipelajari semasa remaja dan diperlukan untuk mencapai tahap berdikari sepenuhnya. IADLs sering melibatkan tugasan yang lebih kompleks dan lebih mencabar secara kognitif berbanding dengan aktiviti asas kehidupan harian.

  1. Health Promotion Board. (n.d.). Let’s talk about Vascular Dementia. HealthHub. https://www.healthhub.sg/programmes/mindsg/vascular-dementia  
  2. Chiew, H. J. (2021, July 5). Young-onset dementia: Improving outcomes with early recognition at Primary Care. SingHealth. https://www.singhealth.com.sg/news/defining-med/Young-Onset-Dementia  
  3. Ng, Z. X., Yang, W. R. E., Seet, E., Koh, K. M., Teo, K. J., Low, S. W., Chou, N., Yeo, T. T., & Venketasubramanian, N. (2015). Cerebellar strokes: A clinical outcome review of 79 cases. Singapore Medical Journal, 56(03), 145–149. https://doi.org/10.11622/smedj.2014195  
  4. Ioannides K, Tadi P, Naqvi IA. Cerebellar Infarct. [Updated 2022 May 8]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2023 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK470416/  
  5. Huang, J., Qiu, Z., Zhou, P., Li, J., Chen, Y., Huang, R., Li, C., Ouyang, X., Feng, H., Xu, H., Liu, D., Dai, Z., Zhu, J., Liu, X., Chen, H., & Jiang, Y. (2019). Topographic location of unisolated pontine infarction. BMC Neurology, 19(1), 1-6. https://doi.org/10.1186/s12883-019-1411-6  

Apakah Aktiviti Instrumental Kehidupan Harian?

Aktiviti Instrumental Kehidupan Harian (IADLs) termasuk:

  • Memasak
  • Membeli-belah
  • Komunikasi melalui telefon atau emel
  • Mengurus kewangan
  • Pengangkutan
  • Mengemas rumah

Apabila seseorang melaksanakan IADLs, mereka bergantung pada koordinasi, pertimbangan dan keupayaan kognitif lain yang mula terjejas apabila demensia semakin berkembang. Oleh itu, walaupun pada peringkat demensia yang ringan, apabila individu yang hidup dengan demensia masih mampu melakukan aktiviti harian asas dengan baik, mereka berkemungkinan besar akan menghadapi kesukaran dalam melaksanakan IADLs. Perlu diberikan perhatian terhadap perubahan dalam keupayaan orang yang anda sayangi untuk melakukan aktiviti instrumental kehidupan harian, kerana hal ini sering menjadi petunjuk awal sama ada orang yang anda sayangi telah mula mengalami demensia. Prognosis bagi demensia dapat diperbaiki dengan pengesanan dan rawatan awal.

Memberi Sokongan Pada Orang Tersayang Anda dalam Aktiviti Instrumental Kehidupan Harian ​

Anda boleh menyesuaikan aktiviti-aktiviti ini untuk memenuhi keperluan dan tahap mobiliti orang tersayang anda.

Menggunakan telefon

Seiring masa, perubahan pada penglihatan dan daya ingatan jangka pendek orang tersayang anda untuk maklumat seperti nombor telefon mungkin akan menyukarkan mereka untuk menghubungi orang lain melalui telefon. Jika mereka menggunakan telefon bijak, terdapat aplikasi yang boleh digunakan untuk mengurangkan gangguan visual pada paparan skrin dan membesarkan teks untuk pembacaan yang lebih mudah, contohnya telefon ONY. Ia sering dirujuk sebagai ‘pelancar mesra warga emas’. Anda juga boleh pertimbangkan untuk membuat sebuah buku telefon atau poster dinding dengan foto-foto kenalan mereka di sebelah nombor telefon dalam fon besar yang sesuai. Terdapat juga telefon mesra warga emas seperti Jitterbug atau telefon bergambar.

Mengurus Kewangan

Mengurus bil boleh menjadi sesuatu yang menakutkan bagi sesiapa sahaja. Kemerosotan kognitif menjejas pertimbangan dan kebolehan membuat kira-kira dalam kalangan orang yang hidup dengan demensia dengan  cara yang berbeza. Untuk memberi sokongan pada  orang tersayang anda dengan IADL ini, anda boleh mengenal pasti aspek kewangan tertentu yang menjadi cabaran bagi orang tersayang anda. Ini mungkin termasuk terlupa untuk membayar bil tepat pada masanya, berbelanja berlebihan atau terlupa maklumat penting seperti nombor PIN. Anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk mendaftarkan mereka untuk pembayaran bil automatik, atau menetapkan had pengeluaran. Berbincang dengan mereka untuk meneroka kaedah-kaedah untuk mengatasi isu-isu ini dan dapatkan pengesahan mereka tentang aspek kewangan yang telah mereka uruskan dengan baik.

Menguruskan Ubat-ubatan

Orang tersayang anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mengingati sama ada mereka telah mengambil ubat harian mereka, terutamanya jika mereka telah diberi ubat untuk menguruskan lebih daripada satu penyakit. Anda boleh mendapatkan nasihat terperinci mengenai cara membantu mereka menguruskan ubat-ubatan mereka di sini.

Mengemas rumah

Seiring masa, mengemas dan membersihkan rumah akan menjadi lebih mencabar bagi mereka yang hidup dengan demensia. Masalah koordinasi, dan kehilangan ketumpatan tulang yang biasa berlaku pada orang dewasa yang lebih tua mungkin menjadikannya tidak selamat bagi orang tersayang anda untuk mengendalikan tugas-tugas mengemas rumah seorang diri. Mereka juga mungkin terlupa fungsi dan lokasi alat pembersihan rumah seperti pembersih penyedut debu.

Anda boleh membuat senarai kerja-kerja biasa yang masih mampu dilakukan oleh orang tersayang anda untuk penyelenggaraan rumah. Anda juga boleh cuba untuk membahagikan kerja-kerja ini kepada beberapa langkah, dan beri bantuan pada langkah-langkah yang sukar dilakukan oleh orang tersayang anda. Kenal pasti dan alihkan perabot serta barang-barang di rumah yang mungkin menjadi halangan kepada orang tersayang anda semasa mereka membersihkan rumah dan pastikan ruang laluan terang. Merancang rutin bersama juga boleh membantu orang tersayang anda untuk menjejaki  kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab mereka.

Memasak

Memasak mungkin tidak selamat bagi orang yang hidup dengan demensia jika koordinasi dan daya ingatan mereka terjejas dengan ketara. Ini mungkin akan menyebabkan mereka terlupa untuk memadamkan api dapur atau membiarkan makanan tanpa diawasi. Pakaian longgar seperti baju tidur panjang boleh menimbulkan risiko terbakar pada permukaan panas.

Anda mungkin perlu secara beransur-ansur mengambil alih tugas memasak dan memastikan dapur anda selamat (contohnya, mematikan alat pengawal tekanan gas dan menggunakan penutup soket). Jika orang tersayang anda yang hidup dengan demensia menganggap memasak sebagai sesuatu yang penting atau merupakan sebahagian daripada rutin mereka, cuba libatkan mereka dalam proses ini dengan meminta bantuan mereka dalam tugas-tugas yang lebih mudah. Ini termasuk mencampurkan bahan-bahan dan mencuci sayur-sayuran. Beberapa peralatan dapur yang adaptif atau mesra warga emas direka untuk memudahkan tugas-tugas tersebut bagi warga emas. Sesetengah alat ini mungkin mempunyai reka bentuk yang tidak biasa digunakan oleh orang yang hidup dengan demensia (contohnya, alat-alat yang mempunyai banyak pemegang). Seberapa boleh, pilih barang yang menyerupai alat yang biasa digunakan oleh orang tersayang anda. Anda juga boleh melabel laci dapur anda dan melabel peralatan mengikut fungsinya untuk memudahkan orang tersayang anda mencarinya.

Membeli-belah

Pada peringkat ringan hingga sederhana demensia, orang tersayang anda mungkin mula berasa keliru dengan persekitaran mereka dan menghadapi kesukaran mengira baki ketika membuat pembayaran. Jika boleh, temani mereka semasa mereka membeli-belah. Anda boleh menemani mereka sambil membiarkan mereka mengendalikan sebanyak yang mereka mampu.

Adalah berguna untuk mengunjungi kedai-kedai yang sudah dikenali oleh orang tersayang anda, supaya pemilik kedai dapat mengenali mereka, dan merancang kunjungan pada waktu kurang sibuk supaya persekitarannya kurang mengelirukan. Jika boleh, dapatkan sokongan daripada orang-orang yang tinggal di kawasan kejiranan, termasuk pemilik gerai di pusat penjaja berhampiran anda, untuk memantau orang tersayang anda ketika mereka sedang membeli-belah. Cuba buat senarai membeli-belah yang ringkas dan bantu orang tersayang anda mencari barang-barang tersebut jika perlu.

Pengangkutan

Apabila demensia orang tersayang anda semakin berkembang, fungsi eksekutif mereka yang juga melibatkan keupayaan mereka untuk menumpukan perhatian akan merosot. Memandu kenderaan melibatkan beberapa tuntutan kognitif, seperti mengingati arah dan mentafsir isyarat lalu lintas. Orang tersayang anda mungkin akan terganggu oleh pergerakan di sekeliling atau lambat dalam membuat pertimbangan terhadap pelbagai isyarat.  Anda boleh menilai tahap keselesaan mereka ketika memandu dan tentukan sama ada perlu bagi mereka untuk menggunakan bentuk pengangkutan yang lain. Dapatkan maklumat lanjut mengenai cara membantu orang yang anda sayangi dalam memandu dan menaiki pengangkutan awam.

Orang tersayang anda mungkin memerlukan lebih banyak sokongan daripada anda dan ahli keluarga lain apabila keupayaan mereka berubah dengan perkembangan demensia. Elakkan daripada membuat perbandingan atas apa yang mereka mampu lakukan pada masa lalu dengan apa yang mereka boleh lakukan sekarang. Melihat aktiviti tersebut sebagai sesuatu yang dilakukan bersama orang yang anda sayangi dan memberikan penghargaan apabila tugas sudah selesai (walaupun tidak dilakukan dengan sempurna) dapat membantu mengekalkan minat mereka dan memberikan rasa kawalan terhadap tugasan tersebut. Ini seterusnya membina rasa pencapaian dan keyakinan mereka.

Bantu kami memperbaiki

Ya Tidak
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Bantu kami memperbaiki

Ya Tidak
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Sumber Boleh Dimuat Turun

Bahan berikut mengandungi maklumat ringkas tentang demensia. Untuk memuat turun atau mencetaknya, hanya klik pada imej. Anda juga boleh memilih bahasa bahan tersebut dengan mengklik butang “Pilih Bahasa”.

Artikel Berkaitan

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content