Bantu kami memperbaiki
X
2 Min Bacaan

Arahan Awal Perubatan (AMD) ialah dokumen undang-undang yang ditandatangani oleh seseorang terlebih dahulu, memaklumkan kepada pihak doktor bahawa beliau tidak mahu sebarang rawatan luar biasa untuk mengekalkan nyawa digunakan sekiranya berada dalam keadaan nazak dan tidak sedarkan diri.

Membuat AMD merupakan keputusan sukarela. Seiring dengan kemajuan teknologi perubatan, terdapat semakin banyak cara untuk memanjangkan hayat seseorang. Ini bermakna pesakit boleh hidup lebih lama walaupun menghidap penyakit terminal. Rawatan luar biasa yang mengekalkan nyawa ialah sebarang rawatan perubatan yang bertujuan hanya untuk memanjangkan jangka hayat pesakit yang sedang nazak tetapi tidak menyembuhkan penyakit tersebut. Sebagai contoh, alat pernafasan yang disambungkan kepada pesakit untuk membantu pernafasan bukanlah rawatan dan tidak menyembuhkan pesakit.

Seseorang yang hidup dengan demensia mungkin tidak dapat menyatakan hasrat mereka untuk meneruskan atau menghentikan rawatan. Sesetengah individu mungkin lebih rela meninggal dunia secara semula jadi dalam keadaan aman, tanpa meneruskan rawatan. Dalam situasi di mana seseorang yang hidup dengan demensia tidak dapat menyampaikan hasrat mereka kepada doktor pada masa hadapan, doktor akan berpandukan AMD beliau. 

Cara membuat AMD

  • Pesakit mestilah berumur 21 tahun ke atas dan berfikiran waras.
  • Tiga orang doktor (termasuk doktor hospital) mesti mengesahkan bahawa pesakit sedang nazak. Dua daripada doktor itu mestilah doktor pakar.
  • Pesakit perlu melengkapkan dan menandatangani borang AMD di hadapan dua orang saksi – doktor yang bertanggungjawab dan seseorang yang berumur lebih 21 tahun. Kedua-dua saksi tidak boleh memperoleh sebarang manfaat daripada kematian pesakit.

Jika terdapat perselisihan pendapat antara doktor: 

  • Doktor yang merawat akan menyemak AMD tersebut
  • Jika masih tiada persetujuan, Kementerian Kesihatan akan melantik tiga doktor pakar tambahan untuk mengkaji semula kes pesakit.
  • Jika ketiga-tiga doktor pakar yang dilantik tidak dapat mengesahkan bahawa pesakit mempunyai penyakit yang membawa maut, AMD itu tidak boleh berkuat kuasa.
  • Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Kementerian Kesihatan (MOH).
  • AMD boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Orang yang telah membuat AMD boleh berbuat demikian dengan mengisi borang atau menulis surat kepada Pendaftar AMD, dengan kehadiran saksi yang boleh memberi keterangan mengenai pembatalan tersebut. Penjaganya juga boleh memilih untuk menjadi saksi.
  • Jika orang yang telah membuat AMD tidak dapat menulis, mereka boleh menyampaikan hasrat mereka untuk membatalkan AMD dengan bercakap atau menggunakan bahasa isyarat. Saksi perlu menyerahkan notis tersebut dan menjelaskan mengapa pembuat AMD tidak dapat menyerahkannya sendiri.
  • Untuk maklumat lebih lanjut tentang Arahan Awal Perubatan, sila layari laman web Kementerian Kesihatan (MOH) tentang AMD.

Sumber Tambahan

Merancang Lebih Awal: Arahan Awal di Singapura

Video ini memberikan maklumat tentang bagaimana perkongsian hasrat dan nilai anda lebih awal membantu orang tersayang anda memahami pilihan rawatan yang anda inginkan dalam krisis perubatan. Dalam ceramah ini, Dr Chua akan menjelaskan kepentingan Perancangan Penjagaan Awal (ACP), bagaimana ia melengkapkan Surat Kuasa Berkekalan (LPA) dan AMD, serta bagaimana anda boleh memulakan perancangan awal. 

Video in disampaikan dalam bahasa Inggeris.

Sumber: Council for Third Age (C3A)

Bantu kami memperbaiki

Ya Tidak
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Bantu kami memperbaiki

Ya Tidak
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Sumber Boleh Dimuat Turun

Bahan berikut mengandungi maklumat ringkas tentang demensia. Untuk memuat turun atau mencetaknya, hanya klik pada imej. Anda juga boleh memilih bahasa bahan tersebut dengan mengklik butang “Pilih Bahasa”.

Artikel Berkaitan

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content