
Melancong masih boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan selepas diagnosis demensia. Dengan persediaan yang teliti dan pelarasan yang mudah, orang yang hidup dengan demensia, dan penjaga mereka boleh terus menikmati keseronokan dan kegembiraan percutian yang sewajarnya. Sama ada anda melawat semula destinasi kegemaran atau menemui tempat baharu bersama, teruskan membaca untuk mendapatkan tip-tip praktikal bagi mewujudkan perjalanan yang lancar dan kenangan untuk kedua-dua orang yang hidup dengan demensia dan penjaga.
Artikel ini juga menampilkan tip-tip praktikal dan pandangan daripada Maya, seorang yang gemar melancong dan penjaga kepada suaminya, Din, yang hidup dengan demensia tahap ringan.
- Health Promotion Board. (n.d.). Let’s talk about Vascular Dementia. HealthHub. https://www.healthhub.sg/programmes/mindsg/vascular-dementia
- Chiew, H. J. (2021, July 5). Young-onset dementia: Improving outcomes with early recognition at Primary Care. SingHealth. https://www.singhealth.com.sg/news/defining-med/Young-Onset-Dementia
- Ng, Z. X., Yang, W. R. E., Seet, E., Koh, K. M., Teo, K. J., Low, S. W., Chou, N., Yeo, T. T., & Venketasubramanian, N. (2015). Cerebellar strokes: A clinical outcome review of 79 cases. Singapore Medical Journal, 56(03), 145–149. https://doi.org/10.11622/smedj.2014195
- Ioannides K, Tadi P, Naqvi IA. Cerebellar Infarct. [Updated 2022 May 8]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2023 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK470416/
- Huang, J., Qiu, Z., Zhou, P., Li, J., Chen, Y., Huang, R., Li, C., Ouyang, X., Feng, H., Xu, H., Liu, D., Dai, Z., Zhu, J., Liu, X., Chen, H., & Jiang, Y. (2019). Topographic location of unisolated pontine infarction. BMC Neurology, 19(1), 1-6. https://doi.org/10.1186/s12883-019-1411-6
Sebelum Melancong
Bincangkan Minat Melancong dan Tahap Keselesaan
Sebelum membuat sebarang persiapan bercuti, adalah penting untuk berbincang secara terbuka dengan orang tersayang anda yang hidup dengan demensia tentang perasaannya terhadap percutian tersebut. Perbincangan ini boleh membantu anda mengukur tahap keselesaannya dan menangani sebarang kebimbangan yang mungkin dia miliki tentang persekitaran baharu atau potensi kegelisahan.
Dengan meluangkan masa untuk memahami perasaan orang tersayang anda, anda boleh membuat keputusan termaklum yang mengutamakan kesejahteraan dirinya dan mewujudkan pengalaman perjalanan yang lebih menyeronokkan untuk anda berdua.
Anda boleh menanyakan soalan-soalan ini kepada orang tersayang anda:
- Bagaimana perasaan awak tentang percutian?
- Adakah tempat tertentu yang awak ingin lawati?
- Adakah awak ingin melawat tempat yang biasa atau mencuba tempat baharu?
- Adakah terdapat sebarang kegiatan yang awak ingin lakukan semasa melancong?
- Adakah apa-apa perkara lain yang patut saya berikan perhatian semasa kita melancong?
Rancang Lebih Awal
Setelah anda berdua bersetuju dengan keputusan untuk melancong, adalah penting untuk mula merancang. Pastikan anda mengambil kira aspek-aspek berikut untuk memastikan perjalanan yang lancar:
Pilih lokasi yang mudah dikendalikan, sudah biasa dikunjungi, atau mesra demensia. Sebaiknya elakkan persekitaran yang terlalu sesak atau terlalu merangsang deria, seperti pasar malam, yang mungkin menyebabkan kegelisahan. Meneroka tempat baharu boleh menjadi pengalaman yang bermakna, terutamanya apabila ia dirancang dengan teliti. Luangkan masa untuk mengkaji kawasan yang mudah diakses, dengan pilihan pengangkutan yang mudah dan kemudahan yang diperlukan untuk memudahkan perjalanan bagi anda dan orang tersayang anda.
Pilih mod perjalanan yang paling selesa dan mudah diakses. Sesetengah orang mungkin lebih suka perjalanan yang lebih pendek atau laluan terus untuk mengurangkan kekeliruan dan kegelisahan. Selain itu, memilih perjalanan yang mudah dan mengelakkan sambungan penerbangan atau kenderaan yang rumit boleh mempermudahkan pengurusan perjalanan lebih mudah diurus dan mengurangkan tekanan.
Pastikan anda mempunyai semua dokumen perjalanan yang diperlukan, seperti pasport, rekod perubatan, dan kenalan kecemasan bersama anda.
Rujuk profesional penjagaan kesihatan untuk mengesahkan bahawa orang yang hidup dengan demensia boleh dibawa untuk melancong. Mereka mungkin memberikan nasihat khusus mengenai vaksinasi yang diperlukan, ubat-ubatan, dan sebarang pertimbangan khas untuk perjalanan anda.
Tip Maya
• Beli insurans perjalanan yang meliputi keadaan sedia ada.
• Melancong dengan seseorang atau sekumpulan orang yang memahami keadaan orang tersayang anda dan boleh membantu jika perlu.
Barangan Penting untuk Dikemas
Sediakan beg yang mengandungi barangan keperluan untuk memastikan keselesaan dan mengurangkan kebimbangan. Anda boleh pertimbangkan untuk membawa bersama:
- Ubat-ubatan, dengan bekalan tambahan jika perlu
- Barang keselesaan, seperti selimut atau gambar kegemaran
- Bantuan daya ingatan, seperti jadual perjalanan bertulis atau panduan visual perjalanan
- Senarai kenalan kecemasan dan sebarang butiran perubatan yang berkaitan
Tip Maya
• Buat salinan berganda bagi surat perubatan rasmi atau memo daripada doktor orang tersayang anda untuk ditunjukkan semasa pemeriksaan imigresen atau keselamatan. Surat ini boleh membantu menjelaskan keadaan demensia dan memudahkan kelonggaran khas (special accommodations), seperti dibenarkan untuk kekal duduk semasa pemeriksaan sempadan.
• Sediakan senarai komprehensif semua ubat yang ditetapkan, termasuk dos dan jadual. Sertakan kedua-dua nama generik dan nama jenama untuk memudahkan urusan pencarian ubat apabila diperlukan.
Semasa Melancong
Memberitahu orang tersayang anda tentang tempat yang akan anda tuju dan apa yang akan anda lakukan boleh membantu dia kekal berorientasi dan berasa selamat. Bantuan visual atau jadual perjalanan bertulis yang ringkas dengan foto boleh membantu sebagai rujukan semasa perjalanan.
Mengekalkan rutin seperti waktu makan, waktu tidur, dan jadual ubat-ubatan boleh mengurangkan tekanan dan memberikan rasa kestabilan. Bawa bersama sebarang barangan yang menyokong rutin ini, seperti jam penggera kembara dan bekas pengatur pil.
Tempat yang sibuk atau bising seperti lapangan terbang boleh meresahkan. Jika anda menaiki kapal terbang, fon kepala kedap bunyi dan muzik yang biasa didengar boleh membantu memberikan keselesaan kepada orang tersayang anda yang hidup dengan demensia.
Apabila merancang kegiatan semasa perjalanan, adalah penting untuk memilih kegiatan yang sepadan dengan minat dan kebolehan orang tersayang anda. Anda boleh pertimbangkan faktor-faktor utama ini untuk menjadikan kegiatan lebih menyeronokkan.
Tip Maya
• Jika anda berada dalam penerbangan, bertanya kepada kru kabin tentang tandas atau kemudahan yang boleh diakses oleh orang berkeperluan khas.
• Setelah tiba, cari hospital atau klinik terdekat dengan penginapan anda untuk memastikan anda bersedia sekiranya berlaku kecemasan.
• Luangkan masa untuk membiasakan diri dengan kawasan dan pilihan pengangkutan. Sebagai contoh, semasa perjalanannya ke Holland, Maya duduk di stesen kereta api untuk menilai sama ada ia sesuai untuk Din, yang menggunakan kerusi roda.
• Pastikan orang tersayang anda sentiasa dimaklumkan semasa perjalanan dengan menunjukkan kepadanya gambar atau mengingatkannya tentang lawatan lalu ke tempat-tempat yang telah dikunjungi.
• Cuba kekalkan rutin yang biasa. Sebagai contoh, Din gemar teka silang kata dan membaca Al-Quran di tablet, yang Maya cuba sertakan semasa mereka melancong.
Rumusan
Melancong dengan demensia memerlukan pertimbangan tambahan, tetapi ia masih boleh menjadi pengalaman yang bermanfaat dan memperkayakan. Dengan komunikasi terbuka, perancangan teliti, dan sikap mudah suai, orang yang hidup dengan demensia dan penjaga mereka boleh mencipta kenangan bermakna bersama-sama sambil mengambil kira keselesaan dan keselamatan.